No posts.
No posts.

cuti-cuti Malaysiaaa ~

penatnya belajar !! kalaulah boleh bayar duit untuk dapatkan diploma.. haha.. jom bercuti.. ni gambar yang aku snap masa bercuti kat melaka dulu.. cantik tempat nii.. pantai pengkalan balak kot nama dia.. best giler.. so ade masa and duit, bolehlah datang sini.. pusing Malaysia dulu sebelum fikir nk jejakkan kaki kat negara orang.. ^_^


gambar ni kat hutan simpan apa ntah.. tak pasti, tapi dekat2 situ jugak..

makcik2 kat situ cakap air ni datang dari longkang.. Malaysia sememang nyer negara yang bersih.. cume rase terkilan sikit bila makcik2 tu semua cakap SELEPAS, aku duk main2 air kat situ.. (~_~)" terima kasih makcik.. saya hargai..

CINCIN

so, next story.. emas.. emas?? emas?! kat bawah ni ada gambar2 cincin emas yang aku beli untuk someone yang penting dalam hidup aku.. tapiii, yang aku nak cerita ni bukan pasal emas ni cantik or tak, atau siapa aku nak bagi cincin ni.. ni pasal harga dia yang melampau giler.. haha.. ok, aku beli emas waktu ni, untuk 916 or 22k, harga dia RM191 untuk 1 gram.. (bulan 2, 2012) pusing macam mana pun, nak tak nak, emas ni kite kene beli jugak untuk bertunang or nikah nanti.. and untuk si perempuan pun, ambil lah tau sikit pasal kepayahan lelaki niii.. aku beli emas yang ringan niii je, (kalau jentik pun boleh patah), harga dia dah RM700.. aku beli cincin belah rotan 916, n cincin batu tu 750, brt x pyh cerita lah, kire sendiri siap ade w/ship RM32.00.. tu baru cincin, gelang?? rantai?? setakat 4 - 5 ribu tu takde ape sangat, dapat lah agak2 berat paku.. pehhhhhh.. sakit jiwa.. so nasihat untuk yang rasa2 nak berumah-tangga tuuuu, beli lah emas cepat2 sebelum harga naik lagi.. aku dengar ade yang jangka emas naik sampai RM500 untuk 1 gram tahun 2020.. haha.. nasib lah adik2 kite nanti..

ni cincin batu.. 750.. cantik mmg cantik.. sedia lah duit RM500 untuk yg nipis mcm ni.. mintak diskaun sikit.. nanti dia bagi kurang.. dapat lah jimat 7 - 8 ringgit.. tak payah segan nak mintak kurang, buat tak paham je, mata tu biar bersinar2 sikit, insyaAllah, selamat sikit duit.. good luck !!

ni cincin belah rotan.. ni 916.. 22k.. harga diaaaa.. jeng2.. malas nak cakap..

KAU ILHAMKU

okeh.. ni pada siapa2 yang baru belajar main gitar tu, boleh lah cuba2 lagu nii.. best lagu ni, minat.. antara lagu penyebab kenapa aku giler2 nak belajar main gitar dulu.. have fun n good luck !

C          G         Am       G      F            G
Beribu bintang di langit kini menghilang Meraba aku dalam kelam
C G Am G F G C
Rambulan mengambang kini makin suram Pudar ilhamku tanpa arah

C G Am G F G
Sedetik wajahmu muncul dalam diam Ada kerdipan ada sinar
C G Am G F G C
Itukah bintang ataupun rambulan Terima kasih ku ucapkan

chorus

C G Am G F - G C G Am G F - G
Izin kan ku mencuri bayangan wajahmu - Izin kan ku mencuri khayalan denganmu

G C G Am G F G
Maafkanlah ohhh.... Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu
G C G Am G F G
Kau senyumlah ohhh... Sekadar memori kita di arena ini
C
Kau ilham ku ....

G Am G F